Jumaat, 6 Ogos 2010

KAD JEMPUTAN IFTOR

JEMPUTAN MAJLIS IFTAR PERDANA DAN PERASMIAN SURAU SMI HIRA’

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Dan Kutipan Derma
Institusi Pendidikan Hira’ (JKPKD) dengan hormatnya menjemput tuan puan

_______________________________________________________

hadir ke majlis Iftar Perdana dan perasmian surau SMI Hira’ yang akan

diadakan
pada hari Ahad bersamaan 15hb. Ogos 2010 / 5hb. Ramadan 1431
mulai jam 4.30 petang hingga 10.00 malam,
bertempat di  Sekolah Menengah Islam Hira’,Jeram,
Kuala Selangor.
_____________________________________________________________________________

KERATAN JAWAPAN


Saya __________________________________________________________ berserta

dengan keluarga saya seramai ______ orang akan hadir / tidak dapat hadir ke

majlis Iftar Perdana dan Perasmian Surau SMI Hira’ pada hari Ahad bersamaan

15hb. Ogos 2010. Beserta dengan keratan jawapan ini saya lampirkan sumbangan

saya untuk majlis Iftar Perdana.

Jumlah Sumbangan    RM        Tunai    Cek No :



Tandatangan        Tarikh

Sila kembalikan keratan jawapan dan sumbangan tuan puan ke pejabat SRI / SMI

/ MTQ Hira’.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi AYUB SEDIK di talian 016 2800101. Email

– pembangunanhira@yahoo.com


ATURCARA MAJLIS

4.30 pm    : Ketibaan tetamu
4.40 pm    : Solat Asar
5.15 pm    : Ucapan pengerusi majlis
    : Bacaan Al Quran
    : Persembahan nasyid
5.45 pm    : Ucapan aluan Pengerusi JKPKD – Hj Zulemly Shaari
    : Ucapan aluan Pengerusi Lembaga – Hj Zainal Aman
6.00 pm    : Tazkirah Ramadan – Ust Roslan Muhammad
6.45 pm    : Ucapan perasmian surau oleh Pengerusi MAIS
    : YAD  Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa
7.15 pm    : Persiapan untuk berbuka puasa
7.29 pm    : Berbuka puasa dan Solat Maghrib
8.00 pm    : Jamuan makan malam
8.40 pm    : Solat Isyak
    : Solat Tarawih
    : More
10.00 pm    : Tasbih Kafarah & Surah Al Ashr

Isnin, 2 Ogos 2010

SUMBANGAN DAN WAQAF SURAU SRI HIRA BATU BELAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA
.Sekolah Rendah Islam Hira’ telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Shah Alam. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke Lot 237-S, Kampung Batu Belah, 42100 Klang Selangor. Sejak itu ia berkembang dengan pesatnya sehinggalah usianya mencapai dua dekad.
Penubuhan SRI Hira’ dimulakan dengan darjah satu sahaja. Setiap tahun penambahan dibuat dengan jumlah kelas dan bilangan pelajar sehinggalah sesi 1989/1990 yang mana sekolah ini buat pertama kalinya memulakan pengajaran sehingga ke darjah enam. Dengan ini, sempurnalah penubuhan SRI Hira’. Kumpulan pertama murid-murid yang melalui sepenuhnya pendidikan peringkat rendah di Sri Hira’ telah dikeluarkan pada penghujung sesi 1989/1990. Sebahagian besar pelajar-pelajar ini telah menyambung alam pendidikan menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur yang telah memulakan pengajiannya pada sesi 1990/1991.
Sesi 91/92, pelajar-pelajar Hira’ telah kembali semula ke SMI Hira’ yang memulakan pengajiannya bertempat di Batu Belah, Klang. Pelajar-pelajar ini telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada sesi 1992/93. Generasi sulung ini telah menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun 1995. Beberapa pelajar daripada generasi sulung ini juga sedang mengikuti pengajian hafalan Al-Quran di Maahad Tahfiz Hira’ di samping beberapa orang yang telah terpilih umtuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Kuwait.
            Pembangunan di SRI Hira’ sebahagian besarnya adalah hasil usaha gotong royong di kalangan ibu bapa di samping sumbangan kewangan dan lain-lain daripada golongan yang bersimpati serta prihatin terhadap usaha-usaha murni yang cuba dilaksanakan oleh SRI Hira’.