Selasa, 28 Disember 2010

SUMBANGAN UNTUK WAKAF PEMBINAAN DAN KELENGKAPAN

Institusi Pendidikan Hira (IPH) telah diasaskan pada tahun 1985 dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira’  (SRI HIRA’). Diikuti pula dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hira (SMI HIRA’) pada tahun 1991 dan seterusnya Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQ Hira’) pada tahun 1995. Kini SRI Hira mempunyai seramai 930 orang murid dan beroperasi di Kampung Batu Belah, Klang. SMI Hira mempunyai jumlah pelajar seramai 420 orang dan pelajar MTQ Hira dengan jumlah pelajar seramai 131 orang dan beroperasi di atas tanah seluas 10 ekar di Komplek Pendidikan Hira (KPH), Jeram, Kuala Selangor.


KPH dianggarkan dapat menampong seramai 1000 orang pelajar apabila siap sepenuhnya. Buat masa ini pengambilan pelajar adalah terhad walaupun permintaan orang ramai adalah tinggi oleh kerana kekangan tempat terutamanya asrama.

Buat masa ini ruang solat sedia ada digunnakan bersama dengan dewan makan. Sehubungan dengan itu pembinaan musolla yang berasingan menjadi satu perkara  yang mendesak agar pelajar di KPH dapat menunaikan ibadah secara berjamaah dengan selesa dan sempurna.

Jawatankuasa Pembangunan san Kutipan Derma IPH (JKPKD) telah membina Musolla di KPH dengan kos sebanyak RM1,737.230.00. Pembinaan telah dimulakan pada bulan Januari 2008 dan dijangka siap pada bulan Mei 2010.Majlis Perasmian akan diadakan pada 14hb. Ogos 2010 bersempena dengan bulan Ramadhan 1431.

Musolla SMIH
Sehingga kini jumlah kutipan daripada sumbangan orang ramai ialah sebanyak RM730,969.00 dan baki yang perlu dibayar ialah sebanyak RM1,006,261.00

Pihak JKPKD memohon sumbangan daripada tuan puan untuk melunaskan baki bayaran dan juga sumbangan untuk melengkapkan peralatan Musolla tersebut. Diantara kelengkapan dalaman yang diperlukan ialah :

1.    Karpet untuk ruang solat        RM60,000.00
2.    Sejadah                               RM5,000.00
3.    Perabut                               RM20,000.00
4.    Sistem siaraya                       RM10,000.00
5.    Paparan petunjuk elektronik    RM5,000.00
6.    Perpustakaan                       RM10,000.00

Pihak kami juga memohon sumbangan untuk majlis berbuka puasa dan perasmian Musolla yang akan diadakan pada 14 Ogos 2010. Sumbangan adalah dalam bentuk wang ringgit, aqiqah dan bahan makanan.

No akaun JKPKD di BIMB
PEMBANGUNAN HIRA’  120 100 100 19026


Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma
Lot 237 S Kg Batu Belah 42100 Klang
Telefon / fax : 03 33434430
U/P :Haji Abd Razak Md Ali : 013 3363245/En. Ayub Sedik 0162800101

Tiada ulasan:

Catat Ulasan