Khamis, 13 Oktober 2011

Kisah Fatimah Az Zahra mengenai sedekah

Suatu hari Fatimah az-Zahra, sangat menginginkan buah delima. Suaminya, Saidina Ali bin Abi Thalib segera bangun dan pergi ke pasar untuk menbeli buah delima yang dimaksudkan oleh Fatimah.

Mengingat wang yang dimilikinya ketika itu sangat terbatas, Saidina Ali hanya dapat membelikannya sebiji buah delima sahaja. Di pertengahan jalan, datang seorang yang sangat miskin yang memerlukan buah delima. Saidina Ali lalu memberikan setengahnya. Sampai di rumah, Saidina Ali menceritakan kepada Fatimah, mengapa buah delima yang dibawanya tinggal setengah.


Selang beberapa lama, terdengar seseorang mengetuk pintu. Lalu dibuka pintu tersebut, terlihat Salman al-Farisy berdiri di depan pintu membawa sembilan buah delima. Rasulullah saw mengutus Salman untuk memberikan sepuluh biji delima, hanya Salman menyembunyikan satu biji, sehingga yang dibawa hanya sembilan biji sahaja.

Salman lalu berkata: "Ini adalah buah delima dari Rasulullah saw untuk Fatimah".

Saidina Ali lalu berkata: "Kalau ini benar dari Rasulullah saw jumlahnya pasti sepuluh biji bukan sembilan". Mendengar itu, Salman terkejut lalu berkata: "Bagaimana kamu tahu wahai Ali?". Ali menjawab:

"Kerana saya ingat firman Allah yang berbunyi: ""Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya".

Bukan hanya akan dilipatgandakan balasannya, orang yang rajin bersedekah juga akan dihindarkan dari segala macam bencana dan malapetaka.

Rasulullah saw bersabda: "Ubatilah orang-orang sakit kalian dengan sedekah" (HR. Ahmad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan