Isnin, 23 April 2012

PROJEK PEMBINAAN BLOK AKADEMIK BARU SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA, JERAM

Ingin kami di Hira berkongsi kegembiraan dengan dengan semua. Hira ni jarang cerita apa-apa yang berlaku dan perkembangan2 terkini. Alhamdulillah dengan berkat doa semua cita-cita kita untuk membina Blok akademik yang baru menggantikan yang lama tiba-tiba dilorongkan dan dimudahkan Allah. Dengan izin dan limpah kurniaNya kita telah mendapat penajaan dari Yayasan Rafulin untuk membina bangunan tersebut dengan dana RM 4.5 juta. Kos keseluruhan mungkin mencecah RM 5.0 juta. Bangunan setinggi 3 tingkat ini bakal menempatkan 21 buah bilik darjah, satu dewan peperiksaan, 4 makmal, 2 bilik guru dan satu pejabat pentadbiran. Ia bakal dibangunkan diatas padang besar bersebelahan Ma'ahad Tahfiz dan menara tangki air. Tapak disebelahnya dicadangkan untuk pembinaan Dewan Besar. Doakanlah Hira akan berjaya mendapat biaya untuk dewan ini yang nanti boleh digunakan untuk peperiksaan, majlis-majlis besar dan juga disewakan untuk kenduri kawin atau majlis tempatan.