SRIHIRA DI MERU




KOMPLEKS SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA DI MERU













SEBAIK- BAIK SUMBANGAN KEPADA MAYAT

Menurut Al Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi ra:
Perkara yang lebih utama dihadiahkan kepada mayat ialah perkara yang lebih manfaat pada dirinya seperti memerdekakan hambanya dan bersedekah untuknya: manakala bersedekah untuknya adalah lebih utama daripada berpuasa untuknya. Sebaik-baik sedekah pula ialah yang diperlukan oleh penerima sedekah dan dia berlaku secara berkekalan dan berterusan.
Antara contoh sedekah itu ialah apa yang disabdakan Nabi SAW :
أفضل الصدقة شقى الماء
"Sebaik-baik sedekah itu ialah memberi air "
(Hadith diriwayatkan oleh Al- Imam Ahmad, an Nasae dan Ibn Majah)

Di samping itu Al-Imaam As-Suyuuti pernah bersyair :
"Apabila mati anak Adam  dan terhentilah,
Gerak amalnya selain sepuluh penggerak:
1.Ilmu-ilmu yang disibarkannya dan doa yang dipanjatkan.
2. Tamar, tanaman dan sedekah berterusan.
3.Buku kitab tinggalan dan benteng awas strategik,
4.Perigi yang digali dan sungai yang dialirkan
5.Rumah tumpangan yang dibina untuk perantauan
6.Bangunan yang dibina untuk ibadah dan tempat mengingati Allah